Khamis, 10 Mei 2012

Fitnah Yang Berterusan

Usaha melaga-lagakan pucuk pimpinan UMNO Ketereh semakin hebat malah ada yang berani menabur fitnah sesuka hati. Seolah-olah mereka telah kehabisan modal untuk dijadikan isu penting sedangkan isu utama terutama melibatkan kebajikan masyarakat Ketereh tidak diutamakan.

Kekalahan Tan Sri Annuar Musa (TSAM) dalam pilihanraya umum 2008 dengan majoriti 400 undi kepada calon PKR disabitkan dengan undi 'marah' puak penyokong Datuk Hj.Alwi kerana tidak dibenarkan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh yang dimenangi oleh Haji Alwi dalam pilihanraya umum 2004.

Pelbagai andaian dibuat agar hubungan TSAM dengan Haji Alwi dapat dilagakan walhal yang sebenarnya tidak ada apa perselisihan pun antara Ketua Bahagian UMNO Ketereh dengan Timbalannya. 

Semoga kekuatan hubungan mereka dapat menumbangkan calon lawan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti

Khamis, 3 Mei 2012

Memperbaiki Kelemahan

Tujuan tajuk ini bukanlah untuk mengesahkan atau mendedahkan apa-apa kepincangan dalam UMNO Ketereh tetapi sekadar mengingatkan antara satu sama lain bahawa kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain adalah asas utama kepada keutuhan parti dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Ada beberapa pihak tertentu yang mendapat projek dari UMNO bahagian dan ada yang gagal mendapat apa-apa imbuhan dari UMNO bahagian. Kebiasaanya yang gagal mendapat imbuhan dari UMNO selalunya mereka akan menjadi pengacau dalam bahagian terutama sekali dengan tidak memberi undi kepada calon UMNO dalam setiap kali pilihanraya. Ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kerana ianya menjejaskan undian kepada UMNO Ketereh setiap kali pilihanraya.

Kelemahan ini sepatutnya tidak berlaku dalam UMNO Ketereh kerana UMNO Ketereh bukanlah tempat untuk mengkayakan individu tertentu tetapi untuk berjuang membela nasib rakyat terutama sekali nasib orang melayu. Kepentingan diri sendiri bukan sesuatu yang baik untuk keharmonian parti kerana ia menjadi racun kepada kekuatan parti itu sendiri.

Biarkan mereka yang pergi meninggalkan UMNO Ketereh kerana itu yang terbaik untuk UMNO Ketereh. Mereka yang menjadi racun ini tidak perlu kita tangisi pemergian mereka kerana sudah pasti mereka juga yang rugi kerana tidak berada dalam landasan yang benar.

UMNO Ketereh akan memperbaiki kelemahan yang ada dan akan memastikan setiap ahli tidak akan diabaikan dan jika ada kelemahan pun ianya bukan dari ALLAH tetapi dari kelemahan kita sendiri

Tahniah Red Warriors

Tahniah diucapkan kepada skuad Kelantan kerana berjaya melayakkan diri ke final Piala FA buat kali kedua berturut-turut dan juga kali ketiga dalam sejarah Piala FA. Walaupun Kelantan gagal dalam 2 edisi final sebelum ini ianya bukan alasan untuk tidak berjaya memenangi Piala FA pada kali ini.

Lawan The Red Warriors pada kali ini ialah pasukan Liga Perdana Sime Darby yang berjaya membuatkan kejutan dengan mengalahkan juara bertahan Terengganu. Walaupun Sime Darby dari pasukan Liga Perdana bukanlah bermakna mereka bakal menjadi ratahan pasukan Kelantan kerana semangat juang mereka untuk layak ke final bukanlah boleh dipandang ringan.

Kemelut yang berlaku ke atas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa bukanlah menjadi penghalang kepada kejayaan ini. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada skuad Kelantan atas kejayaan ini daripada UMNO Ketereh.

Isnin, 30 April 2012

Mengembalikan Ketereh Kepada UMNO

Kekalahan BN dalam pilihanraya umum (PRU) 2008 di kerusi Parlimen Ketereh kepada PKR adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku. Oleh kerana situasi semasa yang menyebelahi pembangkang ketika itu menyebabkan sebahagian pengundi mengambil sikap memihak kepada PKR sedangkan BN semasa menerajui kerusi tersebut sudah memberi sumbangan yang cukup baik kepada masyarakat Ketereh.

Pelbagai isu timbul kononnya berlaku 'cah keting' dalam memberi undi dikalangan pengundi agar tidak mengundi calon BN adalah tidak benar sekali. Tidak ada sebab perkara itu berlaku kerana persefahaman dan ukhwah dalam parti adalah kukuh sama sekali. Setelah kaji selidik dilakukan ternyata isu nasional menjadi punca kepada kekalahan UMNO di kerusi Ketereh.

Setelah 4 tahun Ketereh dibawah PKR, ternyata keadaan cukup lesu dan tidak bermaya menyelubungi masyarakat Ketereh kerana PKR gagal membawa pembangunan kepada mereka. Rakyat mula menyedari kelemahan ini dan melalui kelemahan ini UMNO Ketereh yakin dapat menawan kembali kerusi parlimen Ketereh dalam PRU ke 13 nanti.

Diharap kepada jentera UMNO Ketereh sentiasa bergerak secara bersepadu, mengambil inisiatif yang terbaik dalam mendampingi rakyat serta tidak keterlaluan dalam berkomunikasi dengan masyarakat terutama sekali dalam membuat kenyataan samada dialam nyata atau maya.

Insyallah dengan berkat dan keazaman yang ada UMNO Ketereh mampu mengulangi pencapaian 2004 malah lebih baik dari 2004. 

Ahad, 29 April 2012

BERSIH 3.0

Apa yang berlaku semasa perhimpunan bersih adalah sesuatu yang tidak patut kerana mereka telah menjanjikan perhimpunan secara aman. Tindakan mereka merosakkan kenderaan polis juga menggambarkan betapa mereka tidak bertamadun dan bersifat ganas.

Apakah pilihanraya selama tidak bersih ? Jika kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap tidak 'bersih' sudah tentu pembangkang tidak mampu menakluk beberapa buah negeri semasa pilihanraya umum 12 yang lalu.

UMNO Ketereh menyatakan bahawa tindakan keganasan oleh peserta bersih adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. Tahniah kepada pihak keselamatan terutama PDRM kerana berjaya mengawal keamanan negara.

Khamis, 26 April 2012

Perjuangan UMNO Ketereh

Blog UMNO Ketereh ini adalah untuk memberi maklumat mengenai matlamat UMNO Ketereh dalam membela nasib rakyat dalam komuniti Parlimen Ketereh. Biarpun UMNO Ketereh gagal memenangi kerusi Parlimen Ketereh dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu namun UMNO Ketereh dibawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa (TSAM) selaku Ketua Bahagian dan Datuk Hj.Alwi Che Mat selaku Timbalannya tetap kekal memberi momentum kepada pembangunan dan pembelaan nasib rakyat.

Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan terhadap kedua tokoh UMNO Ketereh dalam usaha melaga-lagakan mereka namun secara realitinya mereka merupakan sahabat yang baik dan saling faham memahami antara satu sama lain.

Ketokohan TSAM dalam membangkitkan kuasa bolasepak terhadap pasukan Kelantan adalah merupakan sebahagian daripada kelebihan beliau selaku seorang pemimpin masyarakat yang hebat. Rakyat Kelantan seharusnya berbangga dengan kehebatan dan keberanian TSAM dalam memacu arena bolasepak Kelantan dan negara kearah yang lebih bermutu dan berkualiti.

Untuk pilihanraya umum ke-13 nanti, marilah kita selaku warga Ketereh memberi sokongan penuh kepada sesiapa jua yang menjadi calon BN/UMNO di Parlimen Ketereh termasuk di DUN Melor, Kadok dan Kok Lanas. Dengan memilih wakil UMNO insyallah segala prospek yang baik untuk rakyat akan dapat dijana dengan lebih baik demi kebaikan dan masa depan semua.