Isnin, 30 April 2012

Mengembalikan Ketereh Kepada UMNO

Kekalahan BN dalam pilihanraya umum (PRU) 2008 di kerusi Parlimen Ketereh kepada PKR adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku. Oleh kerana situasi semasa yang menyebelahi pembangkang ketika itu menyebabkan sebahagian pengundi mengambil sikap memihak kepada PKR sedangkan BN semasa menerajui kerusi tersebut sudah memberi sumbangan yang cukup baik kepada masyarakat Ketereh.

Pelbagai isu timbul kononnya berlaku 'cah keting' dalam memberi undi dikalangan pengundi agar tidak mengundi calon BN adalah tidak benar sekali. Tidak ada sebab perkara itu berlaku kerana persefahaman dan ukhwah dalam parti adalah kukuh sama sekali. Setelah kaji selidik dilakukan ternyata isu nasional menjadi punca kepada kekalahan UMNO di kerusi Ketereh.

Setelah 4 tahun Ketereh dibawah PKR, ternyata keadaan cukup lesu dan tidak bermaya menyelubungi masyarakat Ketereh kerana PKR gagal membawa pembangunan kepada mereka. Rakyat mula menyedari kelemahan ini dan melalui kelemahan ini UMNO Ketereh yakin dapat menawan kembali kerusi parlimen Ketereh dalam PRU ke 13 nanti.

Diharap kepada jentera UMNO Ketereh sentiasa bergerak secara bersepadu, mengambil inisiatif yang terbaik dalam mendampingi rakyat serta tidak keterlaluan dalam berkomunikasi dengan masyarakat terutama sekali dalam membuat kenyataan samada dialam nyata atau maya.

Insyallah dengan berkat dan keazaman yang ada UMNO Ketereh mampu mengulangi pencapaian 2004 malah lebih baik dari 2004. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan