Khamis, 3 Mei 2012

Memperbaiki Kelemahan

Tujuan tajuk ini bukanlah untuk mengesahkan atau mendedahkan apa-apa kepincangan dalam UMNO Ketereh tetapi sekadar mengingatkan antara satu sama lain bahawa kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain adalah asas utama kepada keutuhan parti dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Ada beberapa pihak tertentu yang mendapat projek dari UMNO bahagian dan ada yang gagal mendapat apa-apa imbuhan dari UMNO bahagian. Kebiasaanya yang gagal mendapat imbuhan dari UMNO selalunya mereka akan menjadi pengacau dalam bahagian terutama sekali dengan tidak memberi undi kepada calon UMNO dalam setiap kali pilihanraya. Ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kerana ianya menjejaskan undian kepada UMNO Ketereh setiap kali pilihanraya.

Kelemahan ini sepatutnya tidak berlaku dalam UMNO Ketereh kerana UMNO Ketereh bukanlah tempat untuk mengkayakan individu tertentu tetapi untuk berjuang membela nasib rakyat terutama sekali nasib orang melayu. Kepentingan diri sendiri bukan sesuatu yang baik untuk keharmonian parti kerana ia menjadi racun kepada kekuatan parti itu sendiri.

Biarkan mereka yang pergi meninggalkan UMNO Ketereh kerana itu yang terbaik untuk UMNO Ketereh. Mereka yang menjadi racun ini tidak perlu kita tangisi pemergian mereka kerana sudah pasti mereka juga yang rugi kerana tidak berada dalam landasan yang benar.

UMNO Ketereh akan memperbaiki kelemahan yang ada dan akan memastikan setiap ahli tidak akan diabaikan dan jika ada kelemahan pun ianya bukan dari ALLAH tetapi dari kelemahan kita sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan